Perutusan dari Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Web PUSPANITA DBKL.

Laman web ini dibangunkan bertujuan untuk menyalurkan informasi terkini mengenai PUSPANITA DBKL serta aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Selain itu, ianya merupakan wadah perkongsian kita bersama di mana ahli -ahli boleh memberi cadangan dan pandangan untuk kebaikan PUSPANITA DBKL khususnya.

Kepada yang belum menjadi ahli, laman web ini menyediakan panduan untuk mendaftar. Saya mengalu-alukan kehadiran Puan – Puan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar PUSPANITA DBKL. Sebagai salah sebuah cawangan yang mempunyai ahli teramai, pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang tahun adalah untuk dimanfaatkan bersama.

Rancang dan lakukan kerja hakiki dengan komited, bijak dan efisyen. Ambil ruang dan peluang yang ada untuk meningkatkan pembangunan diri Puan – Puan menerusi aktiviti PUSPANITA DBKL. Dengan berpersatuan, Puan – Puan dapat meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi, meluaskan rangkaian sosial, menambah pengetahuan dan pengalaman serta mengeratkan silaturahim.

Saya berharap semua ahli PUSPANITA DBKL akan terus aktif mengikuti aktiviti yang dianjurkan untuk melengkapkan diri dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Sesungguhnya, aktiviti seumpama ini boleh memberi kematangan dan pendedahan yang diperlukan untuk kita menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang.

Akhir kata, saya menyeru kepada Puan – Puan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara bertepatan dengan moto PUSPANITA, “Wanita Sepakat Negara Meningkat”.

Manfaatkan sepenuhnya Laman Web PUSPANITA DBKL.

Salam hormat dan terima kasih.

“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”

Datin Seri Aizan binti Ja’afar
Pengerusi PUSPANITA DBKL

Aktiviti Terkini PUSPANITA