Perutusan dari Penasihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas usaha menubuhkan laman webnya sendiri. Sudah pastinya laman web ini menjadi satu saluran maklumat yang sangat penting kepada ahli-ahli PUSPANITA.

Saya berharap laman web ini digunakan sebaik mungkin dan menjadikan ia lebih bermakna dengan memaparkan maklumat-maklumat terkini, lengkap dan mempelbagaikan maklumat antara ahli PUSPANITA.

Akhir kata, saya berharap semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus menyumbang bakti dengan ikhlas, jujur dan terus berusaha memajukan diri untuk kebaikan bersama dan inisiatif ini diteruskan sampai bila-bila.

YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Bin Che Ngah
Datuk Bandar Kuala Lumpur